Sunday, 19 May 2013

Tunku Aziz tak takut dedah rahsia DAP!


Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Ibrahim (gambar) mendakwa akan terus mendedahkan semua rancangan DAP yang didakwanya bertujuan untuk merosakkan negara kepada umum.

Sebagai seorang anak Melayu tegasnya, beliau tidak pernah menjual 'rohnya' kepada DAP dan menjadi tugasnya untuk mempertahankan keamanan negara dari pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

"Saya akan terus dedahkan kepada umum semua rancangan 'rahsia' DAP yang cuba merosakkan negara.

"Sudah menjadi tugas saya untuk mendedahkan tujuan yang tidak betul, saya tidak takut!" dakwanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Ditanya mengenai amaran Pengerusi DAP, Karpal Singh yang mahu mengambil tindakan mahkamah sekiranya Abdul Aziz terus mendedahkan rahsia DAP, Abdul Aziz menjawab beliau bersedia berhadapan dengannya di mahkamah.

"Saya tidak takut dengan amaran tersebut, ini negara saya, keluarga saya sudah berada di negara ini sejak ribuan tahun lalu, saya tidak akan jual roh saya kepada DAP.

"Semakin amaran begini dikeluarkan, semakin itulah semangat saya untuk dedahkan 'rahsia'DAP berkobar-kobar," katanya.

Semalam, Karpal mahu Abdul Aziz menghentikan pendedahan yang menjadi rahsia dalam parti itu kepada umum.

Menurut Karpal, jika Abdul Aziz benar-benar 'gentleman' beliau tidak harus mendedahkan rahsia dalam parti.

Pada Mei 2012, Tunku Abdul Aziz mengumumkan keluar daripada DAP dan melepaskan jawatannya dalam parti itu kerana membantah penganjuran perhimpunan haram di ibu negara pada 28 April 2012 kerana khuatir ia boleh bertukar ganas dan bantahan itu kemudian menimbulkan perselisihan faham antara beliau dengan pemimpin DAP. 

Bagaimanapun, beliau tidak menyertai mana-mana parti politik. 

Pada awal Mei lalu, Tunku Abdul Aziz mendedahkan di sebuah blog bagaimana beliau boleh menyertai DAP dan selepas setahun menjadi ahli beliau mendapati ideologi dan perjuangan parti itu tidak sehaluan dengan pendiriannya. 



 

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Padan muka Adam Adli pencacai low class!

Inilah kenyataan hasutan yang dibuat mahasiswa kurang ajar kecik-kecik tak nak mampus.

Aktivis mahasiswa pakatan rakyat, Adam Adli Abd Halim hari ini ditahan mengikut Akta Hasutan 1948.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh ketika mengesahkan perkara itu, berkata Adam Adli, 23, ditangkap di kawasan Bangsar di sini pada pukul 3.15 petang.

"Dia sedang ditahan di Lokap Balai Polis Jinjang bersabit dengan satu siasatan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948," katanya dalam kiriman SMS kepada Bernama di sini.

Adam Adli adalah Penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang digantung pengajian kerana menurunkan bendera yang memaparkan wajah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dalam satu demonstrasi 17 Dis lepas.


Sumber – BERNAMA





Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Saturday, 18 May 2013

Al Fatihah, Calon BN DUN Selingsing meninggal dunia

Kita kehilangan seorang pemimpin yang sangat berwibawa dan sangat baik. Arwah yang juga merupakan Ketua Pemuda Bagan Serai amatlah digemari seluruh penduduk Semanggol dan Bagan Serai.

Apa-apa pun marilah kita semua sedekahkan Al Fatihah dan mendoakan semoga Rohnya akan bersama-sama orang yang beriman.

Yang pasti, arwah Sharudin bin Ahmad telah tiada dan kita semua akan merindui seorang yang bersifat terlalu baik. Kehilangan yang sukar dicari ganti.

Yang masih ada, teruskan perjuangan. Tiada perkataan noktah dalam hidup sebagai ahli politik kecuali Allah menjemput kita.





Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

39.9% Rakyat Malaysia rasis merujuk Cina DAP!

Majoriti penduduk China di Hong Kong adalah yang paling tidak mengamalkan toleransi perkauman, menurut tinjauan terbaharu oleh World Value Survey.

World Value Survey yang menilai sikap sosial penduduk di 80 buah negara selama lebih tiga dekad berkata, 71.8 peratus penduduk Hong Kong tidak mahu tinggal bersebelahan dengan bangsa lain.

Tinjauan itu, yang disiarkan semalam turut mendapati, kebanyakan negara yang mempunyai penduduk yang tidak bertoleransi dalam perkauman ialah negara-negara membangun, dengan Bangladesh, Jordan dan India menduduki senarai lima teratas.

Di Bangladesh, 51.4 peratus rakyatnya tidak mahu berjiran dengan bangsa lain, begitu juga di India apabila 43.5 peratus penduduk negara itu enggan tinggal bersebelahan dengan berlainan bangsa.

Malaysia dalam pada itu disenaraikan sebagai negara yang kurang bertoleransi dalam perkauman dengan hanya antara 20 dan 39.9 peratus penduduknya tidak mahu berjiran dengan bangsa lain.

Tinjauan World Value Survey itu meminta individu memperincikan jenis orang yang mereka tidak mahu dijadikan jiran dan mengira berapa ramai memilih 'individu berlainan bangsa'.

Menurut penyelidik, masyarakat yang tidak mahu berjiran dengan bangsa lain boleh dianggap kurang toleransi perkauman.

Sementara itu, Britain pula menjadi negara yang paling bertoleransi dalam perkauman.

World Value Survey berkata, negara-negara Barat adalah yang paling terbuka untuk menerima budaya asing dengan Britain, Amerika Syarikat (AS), Kanada dan Australia paling bertoleransi berbanding negara lain.

Rakyat AS, pula dikatakan kurang rasis dengan hanya 3.8 peratus penduduk di negara itu yang menolak untuk berjiran dengan bangsa lain.

Britain, Kanada, Australia dan New Zealand menjadi negara paling toleransi perkauman dengan hanya kurang daripada lima peratus penduduknya enggan tinggal berjiran dengan bangsa lain.

Pada dasarnya kebanyakan negara Barat melarang rasis menyebabkan penduduknya akan menyembunyikan pandangan tidak bertoleransi mereka dan berbohong dalam menjawab soalan, menurut Max Fisher dari Washington Post.


Sumber - AGENSI



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Barisan Exco baru Perak mantap!

1) YAB DS Dr Zambry Abdul Kadir
Pengerusi Agama, Kewangan, Keselamatan, Tanah, Sumber Asli, Perancang Ekonomi, Pengangkutan Awam dan Hal Ehwal Bukan Islam.

2) YB Dato Saarani Mohammad -
Pengerusi Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian, Perumahan dan Kerajaan Tempatan

3) YB Dato Zahir Khalid -
Pengerusi Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor

4) YB Dato Zainol Fadzi Paharudin -
Pengerusi Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air

5) YB Dato Rusnah Kassim -
Pengerusi Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan dan Intergrasi Nasional

6) YB Dato Samsudin Abu Hassan -
Pengerusi Hal Ehwal Pengguna, Sumber Manusia dan Masyarakat Sivil (NGO)

7) YB Ust Md Nizar Zakaria -
Pengerusi Pendidikan Islan, Pembangunan Sahsiah, Pembangunan Usahawan dan Koperasi

8) YB Puan Nolee Ashilin Radzi -
Pengerusi Kesihatan, Pelancongan dan Kebudayaan

9) YB Dr Mohd Amin Zakaria -
Pengerusi Pelajaran, Sains Alam Sekitar dan Teknologi Hijau

10) YB Datuk Shahrul Zaman Yahya -
Pengerusi Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia






Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Panas! Anwar kutuk bapa Zahid Hamidi!

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa gesaan agar rakyat yang tidak gembira dengan sistem pilihan raya supaya berpindah keluar dari negara ini adalah satu kenyataan sombong yang menghina rakyat.

"Kamu ingat negara ini bapa kamu punya? Ini cara menghina rakyat," kata Anwar dalam pidatonya di perhimpunan Suara Rakyat Suara Keramat edisi Negeri Sembilan malam tadi yang dibanjiri kira-kira 30,000 orang.

Beliau mengulas kenyataan itu yang dibuat Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam rencananya yang disiarkan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 16 Mei 2013.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sebelum ini turut membidas tulisan itu yang disifatkannya sebagai tidak masuk akal.

Menteri Belia dan Sukan yang baru dilantik, Khairy Jamaluddin sebaliknya dilihat cuba meredakan reaksi orang ramai berhubung kenyataan itu.

Menurutnya, kenyataan Zahid itu mewakili pandangan peribadi Zahid dan bukan seluruh jemaah menteri.

Menegaskan gesaan tersebut sebagai 'bodoh', Anwar dalam pidatonya turut membidas rencana tulisan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan tentang undi popular yang disiarkan akhbar sama, sehari selepas tulisan Zahid Hamidi diterbitkan.

Menurut Anwar, tindakan Ahmad menggunakan perkataan 'liwat' dalam tulisannya untuk membincangkan undi popular, adalah lucah dan tidak menghormati kebijaksanaan rakyat.

"Seorang lagi menteri Umno kata (pembangkang) jangan 'meliwat' fikiran rakyat.

"(Ini) cara yg paling lucah untuk menghina fikiran rakyat," kata Anwar.

Ahmad Maslan dalam tulisannya mengingatkan pembangkang yang harus faham undang-undang negara ini dan tidak harus 'meliwat' pengetahuan dan akal sendiri apabila mendakwa layak memerintah berdasarkan peratusan undi popular yang diperoleh mereka.

Menurutnya, undang-undang Malaysia menetapkan pemenang pilihan raya adalah berdasarkan jumlah kerusi yang dimenangi, dan bukan jumlah undi popular.


Sumber





Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Friday, 17 May 2013

Kerana DAP lah pusat urut banyak di Ipoh!

Keasyikan 13 wanita warga Vietnam dan Thailand melayan pelanggan di sebuah pusat refleksologi di sini, dikejutkan dengan kehadiran sepasukan anggota dan pegawai dari Jabatan Imigresen Negeri dalam serbuan yang dijalankan malam kelmarin.

Sewaktu serbuan dijalankan, kumpulan tukang urut wanita warga asing yang berusia antara 18 hingga 40 tahun itu sedang sibuk mengurut pelanggan lelaki dalam bilik khas yang disediakan.

Kumpulan wanita terbabit bukan sahaja menawarkan perkhidmatan refleksologi malahan menyediakan perkhidmatan seks dengan kadar bayaran mencecah RM150 bagi setiap pelanggan.

Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Perak, Irwan Zahid berkata, kesemua mereka ditahan dalam Ops Sayang yang disertai 30 anggota Jabatan Imigresen membabitkan dua lokasi kawasan tersebut.

Menurutnya, lapan dari wanita terbabit didapati menggunakan pas lawatan sosial untuk bekerja secara haram di negara ini manakala lima lagi wanita Vietnam terbabit tidak mempunyai dokumen sah.

"Seorang wanita warga tempatan dipercayai penjaga premis turut ditahan dalam serbuan itu," katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Sementara itu, dalam dua lagi serbuan yang dijalankan, beliau berkata, seramai 11 wanita warga China ditahan disebuah rumah urut manakala 13 warga Indonesia, turut ditahan dalam sebuah rumah kedai di Jalan Kampar yang menjadi lokasi penempatan warga asing.

"Hasil serbuan dilakukan itu, seramai lapan lelaki dan lima wanita warga Indonesia diberkas kerana melakukan kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/ 63.

"Kebanyakan mereka cuba melarikan diri dengan bersembunyi di dalam almari pakaian selain turut bersembunyi di dalam tangki air. Kesemua yang ditangkap ditahan selama 14 hari di Depoh Tahanan Imigresen di Langkap, Teluk Intan, untuk siasatan lanjut," katanya.


Sumber





Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone